TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN
Bidang Pembelajaran | Hasil Pembelajaran | Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran |
1.1 Pendedahan Kepada Penyata Kewangan (a) Jenis-jenis Penyata Kewangan (b) Tujuan Penyata Kewangan (c) Tajuk Penyata Kewangan (d) Komponen setiap jenis Penyata Kewangan (e) Pihak yang bertanggungjawab ke atas penyediaan Penyata Kewangan (f) Pengguna Penyata Kewangan (g) Kepentingan Penyata Kewangan dalam perniagaan | 1. Mengenal pasti jenis Penyata Kewangan iaitu Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira. 2. Menyatakan tujuan penyediaan Penyata Kewangan. 3. Menyatakan tajuk Penyata Kewangan. 4 Menyatakan komponen - komponen dalam Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira. 5. Menyatakan pihak yang bertanggungjawab ke atas penyediaan Penyata Kewangan. 6. Mengenal pasti dan menyenaraikan pengguna Penyata Kewangan. 7. Menyatakan kepentingan Penyata Kewangan dalam perniagaan. | Penerangan Sumbangsaran Aktiviti kumpulan Aplikasi TMK - Laman web Bahan maujud: (laporan kewangan tahunan perniagaan sebenar, surat khabar, buletin dan jurnal perniagaan) |
Bidang Pembelajaran | Hasil Pembelajaran | Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | |
1.2 | Sejarah Perakaunan (a) Permulaan menyimpan rekod secara sistematik (b) Permulaan catatan bergu (c) Perkembangan Sistem Perakaunan: (i) Falsafah Perakaunan Islam Dan Konvensional Konsep Pendedahan vs Konsep Penemuan (Disclosure vs Discovery) (ii) Falsafah Pelaporan Kos Sejarah dan Nilai Saksama (Historical dan Fair Value Reporting) (iii) Proses Perakaunan (Manual Dan Berkomputer) (d) Perakaunan Sebagai Profesion: (i) Maksud Profesional (ii) Akauntan Sebagai Pemimpin (iii) Keperluan Kod Etika Profesion Perakaunan | 1. Menerangkan sejarah perakaunan bermula dengan penyimpanan rekod secara sistematik dari era Sumaria dan Mesir Purba. 2. Menerangkan sejarah permulaan penggunaan catatan bergu oleh ahli perniagaan Itali mulai tahun 1200 SM sehingga kepada zaman Luca Paciolli. 3. Menerangkan perkembangan sistem dan falsafah perakaunan berasaskan kebertanggungjawaban (accountability), amanah dan integriti. 4. Membezakan falsafah perakaunan Islam dan konvensional berasaskan konsep pendedahan dan konsep penemuan (disclosure vs discovery). 5. Menerangkan falsafah kos sejarah dan nilai saksama (historical dan fair value reporting) dalam sistem perakaunan. 6. Menerangkan perkembangan proses perakaunan secara manual dan berkomputer. 7. Menjelaskan maksud profesional. 8. Menjelaskan maksud perakaunan sebagai satu profesion. 9. Mengenal pasti ciri-ciri akauntan sebagai pemimpin. 10. Menyenaraikan tanggungjawab akauntan sebagai pemimpin. 11. Mengenalpasti kewujudan kod etika profesion perakaunan. 12. Mengenalpasti keperluan kod etika profesion perakaunan. | Penerangan Peta minda Aplikasi TMK - Laman Web Perisian Perakaunan Aktiviti kumpulan Sumbangsaran Lawatan industri. |
Bidang Pembelajaran | Hasil Pembelajaran | Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran |
1.3 Bentuk Organisasi (a) Pengenalan kepada: (i) Milikan Tunggal (ii) Perkongsian (iii) Syarikat Berhad (iv) Koperasi (b) Perbezaan di antara: (i) Milikan Tunggal (ii) Perkongsian (iii) Syarikat Berhad (iv) Koperasi 1.4 Perakaunan dan Simpan Kira (a) Takrif perakaunan dan simpan kira (b) Simpan kira sebagai asas perakaunan (c) Fungsi perakaunan dan simpan kira (d) Sub Bidang Perakaunan (i) Perakaunan Kewangan (ii) Perakaunan Pengurusan (iii) Audit (iv) Percukaian (v) Sistem Maklumat Perakaunan | 1. Mengenal pasti bentuk-bentuk organisasi perniagaan. 2. Menyenaraikan ciri-ciri perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad dan koperasi, 3. Membanding dan membezakan ciri-ciri setiap organisasi perniagaan dari segi milikan, sumber modal dan liabiliti. 1. Menyatakan maksud perakaunan dan simpan kira. 2. Menjelaskan simpan kira sebagai asas perakaunan . 3. Menerangkan fungsi perakaunan dan simpan kira. 4. Membezakan antara perakaunan dengan simpan kira. 1. Membezakan perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan dengan tepat. 2. Membezakan perakaunan dengan pengauditan serta percukaian dengan tepat. 3. Menghubungkaitkan perakaunan dengan pengauditan serta percukaian dengan betul. 4. Menyenaraikan kepentingan sistem maklumat perakaunan dengan tepat dan betul. | Penerangan Bahan maujud: (Jurnal, keratan akhbar dll) Laman web badan-badan perakaunan berkaitan. Penerangan Buku skrap Peta minda Laman web Aktiviti kumpulan Kajian kes Lawatan Industri Ceramah Penerangan Penerokaan TMK |
Bidang Pembelajaran | Hasil Pembelajaran | Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran |
1.5 Persekitaran Perakaunan Di Malaysia (a) Sejarah perakaunan di Malaysia (b) Badan-badan perakaunan di Malaysia: (i) Badan Kawal Selia- MIA (Regulatory Body) (ii) Badan Penggubal Piawaian -MASB (Standard Setting Body) (iii) Badan Profesional – (Professional Body) | 1. Menerangkan sejarah perakaunan di Malaysia. 2. Menerangkan latar belakang badan- badan perakaunan di Malaysia. 1. Menyenaraikan fungsi badan-badan perakaunan di Malaysia. | Penerangan Aktiviti kumpulan Aplikasi TMK Lawatan industri |
Bidang Pembelajaran | Hasil Pembelajaran | Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran |
1.6 Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan serta Ciri Kualitatif Penyata Kewangan (a) Konsep, Prinsip Dan Andaian Perakaunan: (i) Usaha Berterusan (ii) Entiti Berasingan (iii) Ketekalan (iv) Materialiti (v) Wang Sebagai Ukuran (vi) Konservatisme (vii) Asas Perakaunan Akruan (viii) Tempoh Perakaunan (ix) Kos Sejarah (x) Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama (xi) Catatan Bergu (b) Ciri Kualitatif Penyata Kewangan: (i) Kebolehfahaman (ii) Relevan (iii) Kebolehpercayaan (iv) Kebolehbandingan (v) Tepat Masa (Timeliness) | 1. Menerangkan konsep dan prinsip perakaunan. 2. Menjelaskan dengan contoh konsep dan prinsip perakaunan. 3. Menyenaraikan ciri-ciri kualitatif Penyata Kewangan. | Penerangan Kajian kes Aktiviti kumpulan Kad imbasan Teka silang kata Kuiz |
Bidang Pembelajaran | Hasil Pembelajaran | Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran |
1.7 Kitaran Perakaunan (a) Definisi kitaran perakaunan (b) Proses dalam kitaran perakaunan | 1. Menjelaskan definisi kitaran perakaunan. 2. Melakarkan carta kitaran perakaunan. 3. Menerangkan proses dalam kitaran perakaunan. | Penerangan Aktiviti kumpulan Carta alir |