TAJUK 4 : JURNAL SEBAGAI BUKU CATATAN PERTAMA
Bidang Pembelajaran | Hasil Pembelajaran | Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran |
4.1 Fungsi Dan Jenis Jurnal (a) Fungsi jurnal sebagai Buku Catatan Pertama | 1. Menjelaskan fungsi jurnal sebagai buku catatan pertama. | Penerangan |
(b) Jenis jurnal (i) Jurnal Khas: • Jurnal Belian • Jurnal Pulangan Belian • Jurnal Jualan • Jurnal Pulangan Jualan • Jurnal Penerimaan Tunai • Jurnal Pembayaran Tunai | 1. Menyenaraikan jurnal khas. 2. Menjelaskan fungsi dan kegunaan setiap jenis jurnal khas. | Penerangan Peta minda |
(ii) Jurnal Am | 1. Menerangkan kegunaan jurnal am. | Penerangan Kuiz |
(c) Format jurnal | 1. Mengenalpasti format jurnal khas dan jurnal am. 2. Melakarkan format jurnal khas dan jurnal am yang lengkap. | Penerangan Lakaran jurnal |
(d) Perekodan urus niaga dalam jurnal daripada: (i) Dokumen perniagaan • Secara manual • Secara berkomputer (ii) Pernyataan urus niaga • Secara manual • Secara berkomputer | 1. Merekod beberapa urus niaga berdasarkan maklumat dokumen sumber ke Jurnal Am dan Jurnal Khas 2. Merekod beberapa urusniaga berdasarkan pernyataan urus niaga ke Jurnal Am dan Jurnal Khas. | Penerangan Tunjuk cara Aktiviti kumpulan Perisian Perakaunan Aplikasi TMK |